Seorang pelajar darjah dua Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Bandar Seri Botani, Reeno Chin berjaya mengharumkan nama negara selepas menjuarai Pertandingan Matematik Peringkat Antarabangsa.
Reeno berjaya menewaskan lebih 1,200 peserta dan dinobat sebagai Grand Champion Level 5 Aloha Mental Arithmetic International Competition. Walaupun Reeno mengalami masalah kesihatan, demam panas, muntah dan cirit birit, namun dia bersemangat meneruskan pertandingan.
Reeno dinobatkan sebagai juara selepas menjawab 70 soalan dengan betul dalam masa kurang lima minit. Pertandingan ini diadakan di Moscow pada 22 Julai lalu melibatkan lebih 1,200 peserta dari 20 negara di seluruh dunia.
Sumber: Astro Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.