Seorang lelaki di Jamalpur, India terpaksa memulangkan telefon bimbit yang dicurinya gara-gara tidak tahu menggunakan telefon berkenaan.
Memetik laporan dari HT, lelaki berkenaan menjawab panggilan daripada pemilik telefon terbabit selepas tidak tahu bagaimana untuk menggunakan telefon itu, sebelum berjanji untuk memulangkannya.
Insiden berlaku sebelum pemilik meninggalkan telefon bimbitnya yang bernilai kira-kira 45 ribu Rupee (RM2,600) di kaunter sebuah kedai. Tanpa disedari, seorang lelaki tidak dikenali mencuri telefon berkenaan sebelum melarikan diri.
Pemilik membuat laporan polis selepas menyedari telefon bimbitnya itu hilang, sebelum berjaya menghubungi telefon berkenaan dan diangkat oleh pencuri yang tidak tahu cara penggunaannya.
"Saya terkejut ketika lelaki itu menjawab panggilan dan mengatakan bahawa dia ingin mengembalikan telefon saya.
"Saya mengambil telefon bimbit itu dari kediamannya dengan bantuan polis. Dia juga amat menyesal atas perbuatannya itu," kata pemilik telefon bimbit itu dalam satu laporan.
Polis bagaimanapun tidak mengambil tindakan ke atas pencuri terbabit dan dia telah dibebaskan.
Sumber: Hindustan Times
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.