Kemalangan boleh terjadi pada bila-bila masa dan ia mungkin mengakibatkan luka-luka pada kulit. Auch, memang sakit!
Kebiasaanya, luka besar pada kulit seperti hirisan dan torehan akan di jahit menggunakan jarum dan benang perubatan. Namun teknologi masa kini membolehkan luka pada kulit dicantumkan dengan hanya menggunakan pengepit khas, dikenali sebagai iTClamp.
Pengepit ini didakwa mampu mengawal pendarahan pada kulit dalam masa beberapa saat. Ia dipasang pada luka, bertujuan bagi menghentikan pendarahan yang keluar, sehingga luka disembuhkan.
Tambah lagi, pengepit ini juga telah diiktiraf sepenuhnya oleh U.S. Food and Drug Administration (FDA) dan selamat digunakan di hospital.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.