Sekiranya anda mengalami sakit kepala, jangan ambil ringan dengan kesakitan tersebut. Ia boleh bertukar menjadi sakit kepala kronik, dan kajian menunjukkan dua peratus pesakit migrain bertukar kepada migrain kronik setiap tahun.
Menurut Dr Kok Chin Yong, seorang Pakar Perunding Neurologi dan Perubatan Dalaman Pusat Perubatan Sunway Velocity, sakit kepala kronik ditakrifkan sebagai sakit kepala yang berlaku selama 15 hari atau lebih dalam sebulan, melebihi tiga bulan dan ia tidak boleh dipandang ringan.
Seseorang harus mendapatkan rawatan sekiranya mengalami gejala berikut:
- kebas
- lemah
- sukar bercakap dan berjalan
- gangguang penglihatan
- demam
- penurunan berat badan
Migrain boleh menjejaskan kehidupan dan kerja seseorang, dan boleh menjadi lebih teruk jika melibatkan aktiviti fizikal. Anda boleh hilang daya tumpuan dan kecekapan juga berkurangan.
Berikut merupakan beberapa tips untuk mengelakkan migrain:
- ubah gaya hidup
- lakukan senaman dengan lebih kerap
- dapatkan tidur yang cukup
- kurangkan menonton skrin terlalu lama
- pastikan makan ikut waktu
Cara merawat migrain melalui dua kaedah, pengambilan ubatan ataupun suntikan.
Sementara itu, menurut Dr Gerard Arvind Martin, Perunding Pakar Bedah Saraf, pesakit yang mengalami sakit kepala secara beransur-ansur atau semakin teruk, kadang-kadang boleh didiagnosis dengan keadaan pembedahan saraf yang mengancam nyawa, dan jika tidak dirawat boleh membawa maut.
Sakit kepala boleh menjadi tanda abnormal seperti tumor. Tumor mungkin akan menjejaskan kawasan tertentu kerana ia tumbuh dan membengkak di dalamnya.
"Tumor akan tumbuh dan semakin membesar, sama ada dengan cepat atau perlahan, dari semasa ke semasa dan menolak otak, menyebabkan otak bertindak balas terhadap tisu tumor dan pembengkakan pada otak akan berlaku seiring kejadian sakit kepala,"katanya.
Apabila pesakit datang ke hospital dengan beberapa atau semua simptom ini, pemeriksaan imbasan CT (computed tomography) awal dilakukan, dengan MRI (pengimejan resonans magnetik) dalam masa terdekat bergantung pada penemuan CT awal dan jenis rawatan yang dicadangkan,"katanya.
Adalah penting untuk melalukan pemeriksaan dengan lebih tepat kerana sakit kepala kadang-kadang disebabkan juga oleh faktor lain seperti:
Jadi, lakukan diagnosis dan tentukan simptom awal anda agar anda dapat menjalani hidup dengan lebih sihat!
Sumber: Bernama
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.