Kredit: seriouseats.com
KENAPA TELUR REBUS MUDAH PECAH & RETAK?
Ini kerana apabila telur yang sejuk terkena pada air panas , kulitnya akan mudah retak dan pecah. Ia juga mudah retak jika diletakkan berdekatan antara satu sama lain apabila berada di dasar periuk.
Memang kena banyak bersabar sewaktu merebus telur yang cantik dan licin kulitnya kerana ia perlu dikawal dengan berhati-hati. Telur juga perlu direbus dengan menjaga suhu yang betul untuk memastikan telur yang direbus tidak pecah.
Jadi, untuk pastikan telur yang direbus tidak mudah pecah atau retak, ikuti langkah di bawah ini.
Kredit: saveur.com
SEBELUM MEREBUS
1. PASTIKAN TELUR BERADA DALAM SUHU BILIK
Jika anda simpan telur dalam peti ais, elak terus merebusnya sebaik dikeluarkan kerana gas dalam telur akan meningkat apabila terkena haba.
Angin ini akan memecahkan bahagian kulit yang lemah untuk merendahkan tekanan. Rebus telur hanya apabila ia sudah berada dalam suhu bilik.
Kredit: merci-mama.com
2. LEPASKAN GAS DALAM TELUR
Cucuk hujung telur dengan safety pin atau paku tekan untuk melepaskan gas dalam telur. Jika tidak dilepaskan gas ini, ia meningkat apabila direbus dan memecahkan kulit telur.
Kredit: seriouseats.com
3. SUSUN DENGAN CERMAT
Letak dan susun telur dalam periuk dengan cermat. Elak letak telur sekali banyak dan biarkan tersusun dalam satu layer agar berat telur tidak menekan antara satu sama lain.
Kredit: inspiredtaste.net
4. GUNA AIR SEJUK
Isi periuk dengan air sejuk. Sebaiknya, isi air dari tepi periuk dan bukannya secara terus pada telur untuk mengelakkan tekanan berlaku pada telur.
Kredit: inspiredtaste.net
5. CAMPURKAN GARAM
Masukkan setengah sudu garam dalam air. Garam ini membantu menutup sebarang keretakan sewaktu merebus selain membantu menanggalkan kulit dengan cepat dan tidak melekat.
Kredit: phunukiueviet.com
6. CAMPURKAN JUGA CUKA
Letak satu sudu cuka mengikut jumlah telur dalam periuk sebelum mula merebus. Cuka membantu protein dalam putih telur menutup keretakan pada kulit dengan segera.
Kredit: snughughome.com
SEMASA MEREBUS
1. GUNA API PERLAHAN
Biarkan telur direbus dengan api perlahan untuk mengelakkan ia ‘terkejut’ dengan peningkatan suhu. Kacau selalu dengan perlahan untuk elakkan telur tenggelam pada dasar periuk kerana ia boleh menyebabkan telur masak tidak sekata dan mudah pecah.
Kredit: sarahmeyerwalsh.wordpress.com
2. TUTUP API SEBAIK AIR MENGGELEGAK
Tutup api sebaik sahaja air menggelegak dan jangan keluarkan telur terus. Jika anda inginkan:
Soft-boiled – keluarkan dalam masa 3 minit. Berhati-hati sewaktu mengeluarkan telur dari periuk. Guna sudu besar untuk mengelakkan telur pecah.
Medium-boiled – keluarkan dalam masa 5-7 minit.
Hard-boiled – keluarkan dalam masa 9-12 minit.
Kredit: redmountaintrails.com
KALAU REBUS TELUR DALAM KUANTITI KECIL
Petua rebus telur tak pecah di atas ini boleh digunakan untuk anda yang merebus telur dalam jumlah yang besar mahupun kecil. Kalau nak senang, laburkan sedikit wang membeli color-changing egg timer yang membantu anda menjaga masa agar telur dapat direbus dengan sempurna. Tetapi alat ini hanya boleh memuatkan 1-2 biji telur dalam 1 masa. ‘Egg timer’ boleh digunakan untuk memasak telur dengan mudah.
Kredit: lazada.com.my
JANGAN MAKAN TELUR REBUS YANG RETAK SEBELUM DIREBUS
Jika telur retak sewaktu proses merebus, ia masih selamat untuk dimakan. Tetapi jika telur telah retak sebelum direbus, buang terus telur berkenaan kerana ia biasanya sudah dijangkiti dengan bakteria. Jika direbus sekalipun, ia boleh membahayakan kesihatan.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.