Kredit gambar utama: Pexels
Setiap pasangan yang berkahwin pasti inginkan rumahtangga yang dibina berkekalan sehingga akhir usia. Tetapi dalam melayari bahtera ini, pasangan tidak dapat lari daripada badai yang menggoyahkan rumahtangga dan berakhir dengan perceraian.
Hal inilah yang dikongsikan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh seperti yang dipetik daripada Astro Awani.
Berdasarkan Kajian Penduduk Malaysia Kelima yang dikendalikan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara 2014, lebih satu pertiga pasangan bagi usia perkahwinan di bawah usia lima tahun berakhir dengan perceraian.
Apa yang lebih membimbangkan adalah punca-punca remeh yang menyebabkan terjadinya perceraian. Antara punca perceraian yang direkodkan bagi lelaki termasuklah tiada persefahaman (56.2 peratus), isteri curang (11.8 peratus) dan campur tangan mertua atau ipar (10 peratus). Antara punca remeh termasuklah isteri suka ikuti rombongan, isteri suka basuh baju pada waktu malam, suami tidak suka isteri makan dalam kereta dan berbeza fahaman politik.
Manakala wanita pula, soal tiada persefahaman mencatat sebanyak 38 peratus, suami curang (20.5 peratus), suami tidak bertanggungjawab (15.2 peratus). Punca remeh pula termasukah gaji suami rendah dan tidur berdengkur.
Kredit: Astro Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.