Ramadhan Banner
Ramadhan Banner
Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

#Trending

Ramai Ingat Makan Sikit, Tapi Sebenarnya Dah Telan 3x Kalori! Ini Sebab Kenapa Label Makanan Boleh Tipu Mata Anda

ROSTAM, Mohamad Firdaus
10 Apr 2025, 03:01 PM

ramai ingat makan sikit, tapi sebenarnya dah telan 3x kalori! ini sebab kenapa label makanan boleh tipu mata anda

Foto sekadar hiasan

“Baru makan sikit je kot…” – berapa ramai yang pernah berfikir begini, terutama bila tengah berusaha jaga makan? Tapi peliknya, berat tetap naik, atau langsung tak bergerak. 

Mungkin, perkara yang sering diabaikan adalah apa yang sebenarnya disorokkan di balik label makanan.

Ramai orang tak tahu bahawa angka kalori yang tertera pada bungkusan makanan biasanya bukan jumlah untuk keseluruhan paket, tetapi hanya untuk satu hidangan sahaja.

Ini bukan kesilapan peribadi, tetapi memang cara label makanan direka. Contohnya, apabila membeli satu paket kerepek dan melihat belakang bungkusan, tertulis "150 kcal" – kebanyakan akan berfikir, "Okay, ringan je."

Tapi apabila diperiksa dengan lebih teliti, ada yang tertulis "Serving size: 10g | Servings per pack: 4".

Ini bermakna, satu paket tersebut mengandungi 600 kcal, bukan 150. Jadi, secara tidak sedar, jumlah kalori yang masuk adalah empat kali ganda daripada apa yang disangka.

Masalah utamanya adalah, kita jarang diajar untuk membaca label makanan dengan teliti. Mata kita cenderung tertumpu pada angka besar yang kelihatan lebih selamat, tanpa memberi perhatian kepada butiran penting yang lain.

Ini adalah salah satu strategi pemasaran yang sering digunakan – mereka akan menonjolkan angka yang nampak ringan dan memperkecilkan butiran yang lebih penting.

Untuk mengelakkan daripada terus tertipu, ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian.

ramai ingat makan sikit, tapi sebenarnya dah telan 3x kalori! ini sebab kenapa label makanan boleh tipu mata anda

Foto sekadar hiasan

Setiap kali membeli produk, periksa dahulu saiz hidangan (biasanya dinyatakan dalam gram atau kepingan), dan lihat berapa banyak hidangan dalam satu paket.

Jika satu paket mengandungi tiga hidangan dan habiskan semuanya, maka kalori sebenar perlu darab tiga.

Jangan lupa untuk juga memeriksa kandungan lain seperti gula, lemak, dan garam – kerana kadang-kadang, kalori yang rendah tidak semestinya bermaksud ia sihat jika kandungan bahan lain terlalu tinggi.

Satu lagi perkara yang ramai tak tahu – jika makanan mengandungi lebih daripada 5 gram gula dalam 100 gram, ia dikategorikan sebagai gula tinggi.

Namun, hal ini sering tidak dinyatakan dengan jelas pada label sebagai “tinggi gula”. Jadi, pengguna perlu kira sendiri.

Kesimpulannya, jangan terlalu percaya dengan angka besar yang tertera di depan label. Luangkan beberapa saat untuk memeriksa dengan teliti maklumat yang lebih terperinci di belakang bungkusan.

Dengan cara ini, pengambilan kalori dapat dikawal dengan lebih bijak, dan lebih penting lagi, badan akan lebih sihat nanti.

Sumber: Hello Doktor

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}
Ads With Us Ads With Us Ads With Us