Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

#Trending

Banjir Jejaskan Hampir 60,000 Keluarga Di Selatan Thailand

Tiga nyawa juga telah terkorban akibat banjir dikawasan ini
Editor
11 Jan 2021, 09:04 AM

Banjir buruk susulan hujan lebat di empat wilayah di selatan Thailand - Narathiwat, Pattani, Yala dan Songkhla telah mengorbankan tiga nyawa dan menjejaskan hampir 60,000 keluarga.

banjir jejaskan hampir 60,000 keluarga di selatan thailand

Jabatan Pencegahan dan Mitigasi Bencana dalam kenyataan memaklumkan hujan berterusan telah menyebabkan 58,497 keluarga di 32 daerah dilanda banjir.

"Sehingga hari ini, tiga dilaporkan maut manakala seorang lagi dilaporkan hilang," katanya.

Narathiwat merupakan wilayah paling teruk terjejas di mana 448 kampung dilanda banjir dan lebih 25,211 keluarga terjejas manakala Yala (15,229 keluarga), Pattani (10,508 keluarga) dan Songkhla (7,549 keluarga).

Di Pattani, beberapa kawasan rendah ditenggelami air berikutan fenomena air pasang dan pelepasan air dari Empangan Bang Lang di Yala.

Tinjauan Bernama mendapati beberapa kawasan di bandar Pattani telah dinaiki air dan pihak berkuasa tempatan sedang mempergiatkan usaha untuk mengepam air untuk mengeluarkan air banjir yang bertakung.

Sebelum ini, pihak berkuasa tempatan mengumumkan untuk melepaskan air di Empangan Bang Lang bagi mengekalkan paras air empangan yang selamat.

-- BERNAMA

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}
Ads With Us Ads With Us Ads With Us