Tidak sampai 24 jam gencatan senjata diumumkan, rejim Zionis sudah pun melanggar persetujuan tersebut.
Pihak polis Israel bertindak menyerbu ruang sekitar Masjid Al-Aqsa dan melepaskan gas pemedih mata ke arah rakyat Palestin.
Menurut laporan Al-Jazeera, sebaik sahaja solat Jumaat, jemaah melaungkan slogan meraikan gencatan senjata antara Hamas dan Israel.
Polis kemudiannya bertindak melepaskan bom asap dan gas pemedih mata kepada jemaah.
Bahkan, mereka turut naik ke bumbung Masjid Al-Qibli serta mengacu senapang ke arah orang awam yang berada berhampiran.
Tindakan terbaharu itu membuktikan Zionis, sama juga seperti dahulu, tidak langsung menghormati gencatan senjata yang dipersetujui Israel dan dua kumpulan pejuang utama di Gaza
Terdahulu, laporan agensi berita Turki Anadolu melaporkan ribuan warga Palestin dari wilayah Timur Baitul Maqdis membanjiri kawasan sekitar Masjid Al-Aqsa sejak pagi Jumaat untuk meraikan gencatan senjata.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.