Menjelang tibanya bulan Ramadan, kaum ibu mungkin sibuk memikirkan juadah untuk berbuka puasa dan sahur. Ada yang lebih senang untuk memilih resipi yang mudah, ringkas tetapi berkhasiat.
Satu perkongsian oleh pengguna Facebook, Afieyza Isahak menunjukkan resipi membuat dadih menggunakan susu krim penuh. Memang senang!
Dengan kata-kata : Dah lama viral, baru nak cuba. Sungguh, sangat-sangat sedap! Macam dadih yang dimakan masa kecil-kecil dulu. Teksturnya yang lembut. Bila masuk mulut, percikan dia tu buat kita imbau kembali kenangan masa lalu. Rasa sejuk yang turun ke tekak perlahan-lahan. Perghh, syahdu baq hang!
Okey, Cik Fieyza salin resipi di sini andai ada yang belum pernah buat. Tak rugi cuba!
1 liter susu kotak
Agar-agar tali 20g. Guna 1/3 saja
Gula ikut kemanisan sendiri
Garam secubit rasa
1 liter air masak/tapis - untuk masak agar-agar
Masak agar-agar bersama air masak sehingga larut.
Masukkan gula, garam dan susu kotak. Kacau sebati dan suaikan dengan citarasa. Cukup sampai naik wap dah boleh tutup api. Cik Fieyza tunggu mendidih sikit baru tutup api.
Biarkan sejuk sedikit kemudian tapis ke dalam bekas dan simpan dalam peti ais.
Siap untuk ditelan!!
Kredit resipi : Puan Niswah Hasina
#KitaMasakKitaMakan
Senang kan?
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.