Jika sebelum ini, Bella Hadid telah diisytiharkan sebagai wanita paling cantik didunia, kali ini nama Robert Pattinson pula diumumkan sebagai wajah paling kacak.
Pengiraan peratusan wajah ini adalah menggunakan 'Golden Ratio of Beauty Phi' dan dijalankan oleh pakar bedah kosmetik, Dr. Julian De Silva.
Dr. Julian juga adalah individu yang menjalankan pengiraan menggunakan kaedah pemetaan kiraan persamaan yang pernah digunakan oleh manusia zaman purba Yunani untuk mengukur kecantikan seseorang.
Robert Pattinson yang memiliki skor 92.15%, mendahului Henry Cavill (91.64%), Bradley Cooper (91.08%) dan Brad Pitt (90.51%).
Agak-agaknya wajah korang berapa % ya?
Sumber: Dailymail
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.