Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

#Trending

Rompakan 7 Minit Gegar Muzium Louvre, Barang Kemas Diraja Lesap Tanpa Jejak

ROSTAM, Mohamad Firdaus
22 Oct 2025, 10:47 AM

rompakan 7 minit gegar muzium louvre, barang kemas diraja lesap tanpa jejak

Foto: CNN

Muzium Louvre di Paris, antara destinasi paling ikonik di dunia telah digemparkan dengan rompakan berani di siang hari apabila sekumpulan pencuri bertopeng melarikan barang kemas Diraja Perancis yang dianggarkan ‘tidak ternilai harganya’.

Serangan itu berlaku pada pagi Ahad, hanya beberapa minit selepas muzium dibuka kepada pengunjung, dengan keseluruhan operasi dipercayai berlangsung tidak lebih daripada tujuh minit.

Menurut Menteri Dalam Negeri Perancis, Laurent Nuñez, empat suspek terlibat dalam rompakan di Galeria d’Apollon (Galeri Apollo), kawasan pameran yang menempatkan koleksi perhiasan paling berharga di Louvre.

Pendakwa raya memaklumkan bahawa kumpulan berkenaan menggunakan pemotong cakera berkuasa bateri untuk memasuki bangunan sebelum dua daripada mereka mengancam pengawal keselamatan. Mereka kemudian menggunakan tangga boleh laras yang dipasang pada kenderaan bagi mencapai tingkap berhampiran Sungai Seine dan melarikan diri selepas rompakan.

Antara barang yang dicuri termasuk kerongsang milik Maharani Eugénie, isteri kepada Napoleon III, dan sepasang anting-anting zamrud abad ke-19. Mahkota Maharani Eugénie pula ditemui berhampiran lokasi kejadian  dipercayai terjatuh ketika pencuri panik melarikan diri.

Pihak berkuasa mengesahkan bahawa lapan daripada sembilan barangan bersejarah itu masih belum ditemui. Nilai pasaran bagi barangan tersebut dianggarkan mencecah puluhan juta dolar, namun pihak berkuasa menegaskan nilai sebenar terletak pada warisan dan sejarahnya yang tidak dapat diganti.

Presiden Perancis, Emmanuel Macron, menyifatkan kejadian itu sebagai ‘serangan terhadap warisan kebangsaan’ dan memberi jaminan bahawa siasatan besar-besaran sedang dijalankan bagi menjejak pelaku.

“Segala usaha sedang dilakukan untuk mendapatkan semula artifak bersejarah itu. Mereka yang bertanggungjawab akan dibawa ke muka pengadilan,” katanya di platform X.

Pakar keselamatan seni pula menjelaskan bahawa walaupun rompakan itu berjaya, pencuri berdepan kesukaran menjual barangan tersebut di pasaran gelap kerana statusnya yang sangat dikenali.

Kemungkinan terbesar, kata pakar itu, adalah barang kemas tersebut akan dicairkan atau batu permatanya dijual secara berasingan bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

Namun, wujud juga spekulasi bahawa rompakan ini dilakukan atas arahan individu berpengaruh yang sanggup mengambil risiko demi memiliki khazanah bersejarah itu secara rahsia  menjadikan kisah ‘rompakan tujuh minit’ di Louvre antara kes curi seni paling berprofil tinggi dalam sejarah moden.

Siapa di Sebalik Rompakan Ini?

Menurut pakar keselamatan seni, Mr. Brand, kumpulan ini bukan calang-calang, mereka beroperasi dengan ketepatan dan keyakinan seperti profesional berpengalaman.

“Sebagai orang biasa, anda tidak akan bangun pagi dan berfikir, ‘hari ini saya akan merompak Louvre’. Ini bukan rompakan pertama mereka,” katanya. “Mereka tahu apa yang mereka lakukan dan yakin boleh lolos.”

Siasatan kini dikendalikan oleh unit khas polis yang terkenal dengan kejayaan menyelesaikan kes rompakan berprofil tinggi. Pihak berkuasa percaya rompakan itu mempunyai kaitan dengan rangkaian jenayah terancang, dan suspek dipercayai mempunyai rekod jenayah serta pernah dikenal pasti polis sebelum ini.

Antara bahan bukti yang ditemui ialah vest dan beberapa peralatan yang ditinggalkan di tempat kejadian  kini sedang dianalisis, termasuk kemungkinan kesan DNA.

Pendakwa raya Paris, Laure Beccuau, menjelaskan bahawa kumpulan jenayah terancang seperti ini lazimnya beroperasi dengan dua tujuan utama: sama ada atas arahan penaja tertentu, atau bagi mendapatkan batu permata untuk kegiatan pengubahan wang haram.

Bagaimanapun, Mr. Brand menolak idea bahawa rompakan ini dilakukan untuk ‘pengumpul rahsia’ seperti dalam filem Hollywood.

“Tiada siapa mahu menyentuh barang yang ‘panas’ seperti ini,” katanya. “Anda tidak boleh menunjukkannya kepada rakan, tidak boleh diwariskan kepada anak, dan mustahil untuk menjualnya.”

Pihak berkuasa kini terus memburu dalang di sebalik rompakan paling berani dalam sejarah seni Eropah moden ini, satu kisah nyata yang menggabungkan keberanian, kecekapan, dan misteri di tengah kota Paris.

Sumber: CCN

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}
Ads With Us Ads With Us Ads With Us