Kewujudan makhluk dari angkasa lepas atau lebih dikenali sebagai alien, sering menjadi perdebatan ramai.
Sehingga kini masih belum ada pengesahan akan kewujudan mana-mana spesis alien, meskipun banyak teori konspirasi timbul berkenaan kewujudan makhluk ini.
Terbaru, sekumpulan pengkaji dari Center for Astrophysics di Harvard bersama Florida Institute of Technology (FIT) mendakwa, besar kemungkinan makhluk asing ini hidup dibawah permukaan planet Marikh.
Ekspedisi penerokaan planet Marikh yang dijangka akan dilakukan dalam masa 10 tahun, antara lain adalah usaha untuk mencari makhluk asing di planet tersebut, meskipun mungkin ia tinggal dibawah tanah.
Menurut salah seorang pengkaji yang juga penolong Profesor dalam bidang Astrobiology, Prof. Manasvi Lingam berkata, walaupun planet Marikh tidak mempunyai sumber air yang banyak pada permukaan, berkemungkinan ia wujud pada bahagian dalamnya – termasuk juga sebarang hidupan lain.
Sumber: IOP Science
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.