Seorang lelaki dari Guangdong, China sebelum ini mengadu sering terdengar bunyi seakan-akan sesuatu sedang mencakar dari dalam telinganya
Selepas tidak lagi tahan dengan gangguan bunyi seperti itu, lelaki yang hanya dikenali dengan nama He, segera bertemu pakar dari Xiangzhou People Hospital di Zhuhai, China untuk membuat pemeriksaan.
Doktor yang merawat He ketika itu, Dr Yi Changlong akhirnya menemui seekor lipas duduk dalam telinga pesakitnya itu, namun beliau tidak terkejut kerana dalam masa tujuh jam sebelumnya ada tiga pesakit yang hadir dengan masalah yang sama.
Menurut laporan, lelaki itu tidak dapat tidur dengan lena pada malam sebelumnya sambil merasa sakit pada telinga dan terdengar bunyi mencakar.
Dr Yi yang berjaya mengeluarkan lipas dari dalam telinga He juga mendapati terdapat kesan koyakan pada gegendang telinga lelaki berkenaan. Beliau juga menasihatkan agar orang ramai tidak cuba untuk mengorek bendasing dari dalam telinga dengan cara sendiri kerana khuatir ia akan menyebabkan masalah lebih serius kepada organ dalam telinga.
Sumber: Daily Star
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.