Pelbagai cara mungkin pernah dicuba oleh kebanyakkan orang untuk menguruskan serta menurunkan berat badan, meskipun cara itu adalah sangat tidak selamat dan tidak dijamin keberkesanannya.
Disebabkan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi laman Twitter @KKMPutrajaya telah berkongsi ‘slimming set’ yang dijamin berkesan dan selamat.
Menerusi slimming set itu, terdapat tiga program yang perlu diikuti iaitu Makan Tanpa Berlapar, Air Untuk Detok dan Bakar Lemak.
Perkongsian oleh KKM ini nyata mendapat perhatian ramai yang kini dalam usaha untuk mengurangkan berat badan disamping mengamalkan kehidupan yang sihat.
Sumber: KKM
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.