Molly Rowlands, 16, membuktikan pada ayahnya yang dia mampu mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan GCSE.
Pelajar daripada sekolah Ysgol Gyfun Cwm Rhondda, UK, berjaya mendapat 14 A dalam subjek seperti Matematik, Numeracy, Biologi, Kimia, Fizik, English Language, English Literature, Welsh Language, Welsh Literature, Geografi, Sains Komputer, Welsh Bac, Matematik Tambahan dan Personal Finance.
Dua tahun yang lalu, bapa Molly pernah berjanji pada beliau akan memberikan 100 Euro (bersamaan RM526), bagi setiap A yang Molly peroleh.
“Ia bermula sebagai jenaka dalam keluarga pada dua tahun lalu sebelum saya memulakan peperiksaan saya.
Saya hanya bergurau dengan bertanya pada ayah apa yang dia akan berikan sekiranya saya lulus peperiksaan;
Ayah menjawab, 100 euro untuk setiap A *…”
Sumber: UNILAD
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.