Jabatan Perangkaan Malaysia telah mengeluarkan satu Laporan Siswazah 2018 yang mendedahkan gaji purata siswazah meningkat jika dibandingkan dengan tahun 2017.
Peningkatan sebanyak RM221 (4.7%) menjadikan jumlah akhir secara puratanya adalah sebanyak RM4,897.
Statistik yang diperoleh daripada tinjauan Gaji dan Upah telah mengumpulkan maklumat bagi gaji dan upan bulanan mengikut pekerjaan utama sepenuh masa atau setaraf bagi pekerja bergaji.
Antara yang dilaporkan dalam laporan tersebut adalah seperti berikut:
1. Siswazah berusia 45 tahun ke atas menerima gaji penengah dan purata tertinggi dengan masing-masing sebanyak RM6,859 dan RM8,199.
2. Siswazah berusia 24 tahun ke bawah menerima gaji penengah dan purata terendah iaitu RM2,112 dan RM2,320.
3. Siswazah lelaki terima gaji penengah dan purata bulanan lebih tinggi iaitu RM4,335 dan RM5,475 lebih tinggi berbanding siswazah wanita yang hanya menerima RM3,727 dan RM4,369.
4. Siswazah yang bekerja di Kuala Lumpur menerima gaji penengah yang paling tinggi iaitu masing-masing dengan jumlah RM4,654 diikuti dengan Sabah RM4,517 dan Perlis RM4,491.
5. Melaka mencatatkan nilai terendah iaitu RM3,127 diikuti Pulau Pinang RM3,205 dan Perak RM3,393.
Sumber: Statistik Siswazah 2018, Jabatan Perangkaan Malaysia
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.