Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

#Trending

Solat Jumaat Dan Solat Tarawih Dibenarkan Di Daerah Yang Dikenakan PKP Di Kelantan

Tujuh daerah di Kelantan telah dikenakan PKP mulai tengah malam ini.
nura
16 Apr 2021, 11:37 AM

Tujuh daerah di Kelantan telah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mulai tengah malam ini. Namun, pihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah memberi kebenaran melaksanakan solat Jumaat, fardu dan solat tarawih sepanjang pelaksaan PKP. 

solat jumaat dan solat tarawih dibenarkan di daerah yang dikenakan pkp di kelantan

Menurut Yang Dipertua MAIK Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata akiviti solat Jumaat, fardu, sunat tarawih dan Qiamullail di masjid negeri, bandar dan jajahan dibenarkan dengan kehadiran 70 peratus daripada kapasiti ruang masjid.

"Kebenaran solat fardu, tarawih dan Jumaat serta aktiviti pengimarahan masjid di tujuh daerah iaitu Kota Bharu, Pasir Mas, Tumpat, Tanah Merah, Pasir Puteh, Machang dan Bachok telah mendapat perkenan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V," katanya.

solat jumaat dan solat tarawih dibenarkan di daerah yang dikenakan pkp di kelantan

Beliau yang merupakan Tengku Temenggong Kelantan turut berkata, kehadiran 50 peratus bilangan jemaah dibenarkan mengikut kapsiti masjid mukim, surau dan musalla.

"Pelaksanaan berkenaan perlu mengambil kira penjarakan fizikal satu meter antara jemaah dan boleh dilaksanakan dengan lapan rakaat dengan surah atau ayat pendek dalam tempoh tidak lebih 45 minit, tidak termasuk solat Isyak," katanya.

Namun, beliau menyatakan bahawa tazkirah ketika pelaksanaan solat sunat tarawih tidak dibenarkan manakala tazkirah Subuh, Asar dan lain-lain termasuk aktiviti tadarus al-Quran adalah dibenarkan mengikut kapasiti yang telah ditetapkan dengan tidak melebihi tempoh 45 minit.

"Jamuan berbuka puasa, bersahur dan moreh tidak dibenarkan, bagaimanapun masjid, surau dan musolla boleh menyediakan menu berbuka, bersahur serta moreh secara bungkus dan diagihkan kepada jemaah untuk dibawa pulang.

"Selain itu, tidak dibenarkan untuk mendapatkan khidmat imam untuk solat tarawih dan penceramah untuk program Ihya Ramadan daripada luar negeri Kelantan," katanya.

solat jumaat dan solat tarawih dibenarkan di daerah yang dikenakan pkp di kelantan

Tambahnya lagi, jemaah dinasihatkan supaya mengambil wuduk di rumah masing-masing. Bagi kawasan yang tidak terbabit dengan PKP seperti Gua Musang, Kuala Krai dan Jeli adalah sebagaimana prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan sebelum ini.

"MAIK amat mengharapkan kerjasama daripada semua pihak terutama umat Islam secara amnya dalam melaksanakan ketetapan ini dan SOP sebagaimana yang ditetapkan hendaklah dipatuhi sepenuhnya oleh pihak pengurusan masjid, surau dan musolla," katanya.

Sumber: Awani

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}
Ads With Us Ads With Us Ads With Us