
Foto Hiasan
Jika anda jenis yang boleh menonton hantu melompat keluar daripada skrin, bunyi bisikan menyeramkan berkumandang di telinga atau babak berdarah yang buat orang lain tutup mata kemudian tidur nyenyak macam bayi selepas itu, hati-hati… mungkin ada ‘keistimewaan’ pada diri anda.
Menurut beberapa pakar psikologi, individu yang menonton filem seram untuk hiburan, tanpa rasa takut dan tidur dengan tenang selepasnya, berkemungkinan memiliki ciri-ciri psikopatik ringan. Bukan bermaksud anda jahat atau ganas, tetapi anda mungkin mempunyai toleransi emosi yang luar biasa tinggi, empati yang lebih rendah dalam situasi tertentu dan otak yang kurang memberi respons kepada ketakutan.
Pakar menjelaskan bahawa mereka yang mempunyai kecenderungan psikopatik biasanya:
- Kurang reaktif terhadap ancaman
- Kurang mudah terkejut
- Lebih seronok dengan adrenalin tinggi
Jadi ketika orang lain berpeluh sejuk menonton babak seram, golongan ini pula duduk santai makan popcorn, siap gelak apabila melihat orang lain menjerit.
Sebenarnya tidak semua pencinta filem seram ialah psikopat kerana ramai penonton seram sekadar menikmati sensasi. Namun pola yang diperhatikan oleh pakar menunjukkan bahawa gabungan dua perkara ini agak pelik:
- Menonton filem seram untuk hiburan
- Tidur lena selepas itu tanpa sedikit pun gangguan atau mimpi ngeri.
Gabungan ini biasanya dimiliki oleh mereka yang otaknya tidak memproses ketakutan seperti orang biasa.

Foto Hiasan
Kalau anda sering ‘kebal’ dengan konten seram, tidak bermakna anda bahaya kepada sesiapa. Tetapi ya, psikologi mengatakan anda mungkin ada sedikit ciri yang sama dengan mereka yang mempunyai personaliti psikopatik terutama daripada segi kawalan emosi dan reaksi terhadap ketakutan.
Tetapi jangan risau… selagi anda tidak tiba-tiba senyum masa lampu padam tanpa sebab, anda mungkin masih normal. Mungkin.
Sumber: The Psychology Journal
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.