Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

#Trending

Rupanya Ramai Tidak Tahu Susunan Keutamaan Bendera di Malaysia? Ini Penjelasan Lengkap

ROSTAM, Mohamad Firdaus
19 Aug 2025, 01:58 PM

rupanya ramai tidak tahu susunan keutamaan bendera di malaysia? ini penjelasan lengkapFoto: TRP

Isu melibatkan pengendalian bendera Jalur Gemilang semakin mendapat perhatian sejak kebelakangan ini apabila masih ada segelintir pihak yang melakukan kesilapan dalam protokol pengibaran bendera negara. Perkara ini sekali lagi menimbulkan persoalan mengenai susunan keutamaan bendera di Malaysia yang sebenarnya telah ditetapkan mengikut Perkara 70 Perlembagaan Persekutuan.

Baru-baru ini, Ketua Pemuda UMNO Terengganu, Tengku Haphiz Tengku Putera, tampil memohon maaf selepas reka bentuk Jalur Gemilang yang digunakan pihaknya didapati tidak menepati ketetapan, termasuk jumlah jalur yang sepatutnya. Beliau menegaskan bahawa isu sebegitu tidak boleh dikompromi dan mengakui kesilapan tersebut sebagai satu pengajaran.

Fakta Tentang Susunan Keutamaan Bendera

Menerusi satu perkongsian tular di laman Threads oleh seorang pengguna dikenali sebagai Muhammad Syibri, beliau menjelaskan bahawa setiap bendera negeri di Malaysia mempunyai susunan keutamaan tertentu ketika dikibarkan.

“Asyik cerita pasal pasang bendera terbalik je. Korang tahu susunan bendera negeri pun ada keutamaan? Jujur saya pun baru tahu, jadi jangan sewenang-wenangnya naikkan bendera tanpa rujukan. Tak apa kita belajar sama-sama,” katanya.

Menurut semakan yang dibuat melalui Jabatan Perdana Menteri, Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa, senarai keutamaan bendera negeri adalah seperti berikut:

  1. Malaysia (Jalur Gemilang)
  2. Terengganu
  3. Perlis
  4. Selangor
  5. Negeri Sembilan
  6. Kelantan
  7. Perak
  8. Kedah
  9. Pahang
  10. Johor
  11. Melaka
  12. Sarawak
  13. Sabah
  14. Pulau Pinang
  15. Wilayah Persekutuan

rupanya ramai tidak tahu susunan keutamaan bendera di malaysia? ini penjelasan lengkapFoto: Facebook

Majlis Keselamatan Negara (MKN) pula menjelaskan bahawa Jalur Gemilang akan sentiasa didahulukan, diikuti bendera negeri mengikut kekananan Raja-raja Melayu dan Yang di-Pertua Negeri. Istilah “kekananan” itu sendiri merujuk kepada adat istiadat istana yang menetapkan tatatertib serta protokol rasmi negara.

Susunan ini juga boleh berubah dari semasa ke semasa sekiranya berlaku pertukaran kedudukan atau pelantikan baharu dalam kalangan Raja-raja Melayu dan Yang di-Pertua Negeri.

Susunan Bendera Jika Dikibarkan Bersama

Dalam majlis rasmi, jika terdapat lebih daripada satu jenis bendera, susunan yang perlu dipatuhi adalah seperti berikut:

  • Bendera Jalur Gemilang
  • Bendera negeri
  • Bendera Wilayah Persekutuan
  • Bendera institusi (Kementerian, Jabatan, Badan Berkanun, Syarikat, Pertubuhan dan Persatuan)
  • Bendera peribadi

Penting Demi Hormati Perlembagaan dan Kedaulatan

Menurut pihak berkuasa, susunan keutamaan bendera bukanlah perkara remeh, sebaliknya ia bertujuan memastikan tatacara pengibaran bendera menghormati Perlembagaan, adat istiadat, serta simbol kedaulatan negara. Susunan terkini telah berkuat kuasa sejak 1 Mei 2025 dan akan terus berubah mengikut ketetapan semasa berdasarkan Perkara 70 Perlembagaan Persekutuan.

Larangan Penggunaan Jalur Gemilang

Dalam pada itu, Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) mengingatkan orang ramai agar tidak menggunakan Jalur Gemilang sebagai elemen kostum atau barangan harian yang boleh dianggap merendahkan martabat bendera.

Antara penggunaan yang dilarang termasuk menjadikan bendera sebagai alas meja, kain tudung, payung, songkok, sampin, topi, tuala mandi, alas kusyen dan pelitup muka. Namun, penggunaan warna asas dan motif bendera – iaitu merah, putih, biru dan kuning – masih dibenarkan dalam rekaan pakaian atau aksesori.

Kesedaran ini diharap dapat memastikan setiap lapisan masyarakat memahami dan menghormati peraturan rasmi berkaitan bendera, khususnya pada bulan kemerdekaan yang penuh dengan acara patriotik.

Sumber: Jabatan Perdana Menteri

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}
Ads With Us Ads With Us Ads With Us