Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

#Trending

Pandai Berkata-Kata Manis Dan Peramah, Maksud Sebalik Tahi Lalat Di Bibir

Haaaa, siapa yang ada tahi lalat di bibir tu? Pandai manis mulut la ni!
Editor
25 Jul 2021, 12:00 PM

Mesti terfikir kan ada ke maksud dan rahsia sebalik kedudukan tahi lalat pada wajah dan tubuh seseorang. 

Walaupun hal ini dianggap sebagai tahyul namun ada segelintir masyarakat yang masih mempercayainya. Malah, ada rahsia tau sebalik kedudukan sesuatu tahi lalat ini yang dikatakan berkait rapat dengan personaliti seseorang.

1. Tahi lalat di bawah kening

pandai berkata-kata manis dan peramah, maksud sebalik tahi lalat di bibir

Menurut kepercayaan sesetengah individu mahupun masyarakat, mereka yang mempunyai tahi lalat di bawah kening, berkemungkinan merupakan seorang yang berbakat dalam bidang seni dan sukan.

2. Tahi lalat di bawah kelopak mata

pandai berkata-kata manis dan peramah, maksud sebalik tahi lalat di bibir

Menurut kajian, peratusan individu yang memiliki tahi lalat di bawah kelopak mata amat tipis. Namun sesiapa yang memilikinya membawa maksud berlain berdasarkan kedudukannya. 

Menurut seorang pakar, sekiranya tahi lalat tersebut berada di bawah kelopak mata kanan, anda mungkin memperoleh wang dan mudah menjadi seorang yang kaya. Namun, jika kedudukan tahi lalat ada di sebalah kiri pula, ia membawa maksud anda seorang yang sombong.

3. Tahi lalat pada hidung

pandai berkata-kata manis dan peramah, maksud sebalik tahi lalat di bibir

Sesiapa yang ada tahi lalat di bahagian hidung dikatakan memberi makna bahawa dia seorang yang pandai menggoda dan merayu.

Menurut pengamal perubatan tradisional pula, individu yang mempunyai tahi lalat di hidung membawa maksud adalah dia seorang yang pemarah dan senang hilang kawalan.

4. Tahi lalat di pipi

pandai berkata-kata manis dan peramah, maksud sebalik tahi lalat di bibir

Terdapat beberapa pendapat yang mengatakan bahawa individu yang mempunyai tahi lalat di pipi adalah seseorang yang comel. Hal ini dikatakan sebegitu kerana wanita yang mempunyai tahi lalat di bahagian ini sentiasa menjadi tarikan kaum lelaki.

Selain itu, tahi lalat di bahagian pipi juga membawa maksud anda mempunyai kawan yang ramai meskipun anda adalah seorang pemalu.

5. Tahi lalat di bibir

pandai berkata-kata manis dan peramah, maksud sebalik tahi lalat di bibir

Tahi lalat di bibir menggambarkan personaliti anda yang bijak, baik hati, peramah dan cepat mesra. Selain itu, ia turut dipercayai anda sangat disayangi dan disegani oleh orang sekeliling.

Bukan itu sahaja, mereka yang mempunyai tahi lalat di bahagian bibir ini juga dipercayai pandai berkata-kata manis dan tidak mudah menyerah kalah.

6. Tahi lalat di telinga

pandai berkata-kata manis dan peramah, maksud sebalik tahi lalat di bibir

Bagi mereka yang mempunyai tahi lalat di telinga, ia merupakan petanda anda adalah seseorang yang mempunyai komitmen yang tinggi terhadap keluarga. Ini bermakna anda menganggap keluarga adalah kunci bagi kebahagiaan anda.

7.Tahi lalat di leher

pandai berkata-kata manis dan peramah, maksud sebalik tahi lalat di bibir

Individu yang mempunyai taik lalat di leher dikatakan mempunyai personaliti yang baik. Selain itu, anda juga mungkin seseorang yang kuat daya ingatan, suka membaca, sukakan cabaran dan juga rajin.

Sumber: iamlejen.com

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}