Gangguan Obsesif Kompulsif (OCD) boleh terjadi kepada sesiapa sahaja. Bezanya mungkin anda sedar atau sebaliknya.
Mereka yang mempunyai OCD mungkin akan melakukan sesuatu aktiviti itu secara berulang, sehingga membuatkan orang lain merasa rimas dan tidak selesa.
Namun, hanya mereka yang mempunyai OCD sahaja faham perasaan itu dan terpaksa 'bertarung' dengan diri sendiri.
1. Tindakan berulang
Mereka yang mempunyai OCD akan mempunyai kecenderungan untuk mencuci tangan berulang kali dan pada setiap masa, serta memeriksa pintu dan kunci, malah membetulkan barang perhiasan secara kerap yang dianggap simptom klasik bagi penghidap OCD ini.
2. Ikut Peraturan Sendiri
Menurut laporan Psychology Today, mereka yang mempunyai OCD terlalu mengikut peraturan sendiri dan sangat tegas serta tidak boleh diubah langsung. Misalnya, mereka perlu makan pada masa tertentu setiap hari.
3. OCD Jarang Keluar Rumah
Penghidap OCD dilihat sukar untuk meninggalkan rumah dan hanya mahu kelihatan kemas dan bersih setiap masa. Mereka akan memastikan perabot disusun rapi dan berada pada tempatnya yang betul sepanjang waktu.
4. Terlalu Sempurna.
Mereka yang OCD boleh menghabiskan masa berjam-jam dengan hanya melakukan satu-satu perkara. Ini adalah kerana, penghidap OCD ini mahu tugas yang disiapkan itu dihasilkan dengan cukup sempurna.
Rawatan bagi OCD boleh didatangkan dalam bentuk ubat-ubatan, nasihat psikoterapi atau kedua-duanya.
Jika anda sedang bergelut dengan OCD, pastikan anda mendapat nasihat rawatan daripada pakar perubatan.
Sumber
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.