Teh detoks, hari ini menjadi salah satu amalan popular bagi sesetengah orang kerana ia dikatakan mampu membersihkan toksin dalam badan, seterusnya mengurangkan berat seseorang.
Persoalannya, adakah ia benar-benar selamat dan berkesan?
Sehingga kini, tiada kajian klinikal yang berjaya membuktikan keberkesanan teh detoks dalam penurunan berat badan. Kebanyakkan teh detoks yang dijual juga datang bersama arahan untuk diet dan senaman, serta mengesyorkan pemakanan yang sihat dan mengurangkan ambilan makanan.
Dalam erti kata lain, semasa minum teh detoks, ia tidak membantu menurunkan berat badan, sebaliknya hanya mengurangkan pengambilan kalori dan meningkatkan output kalori dalam badan.
Selain itu, teh detoks juga mempunyai kandungan kafein yang tinggi, menyebabkan pengguna akan sering mengeluarkan air dalam tubuh selepas meminumnya. Ia dikenali sebagai kehilangan “berat air”, dan bukannya lemak dalam badan.
Justeru, langkah terbaik untuk mengurangkan berat badan adalah dengan diet yang bijak seperti menambahkan bijian, buah-buahan serta sayur-sayuran. Senaman yang kerap juga penting ok?
Sumber: Hellodoktor
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.