Dipetik dari Healthy Life Tricks, Andrew Weil telah menunjukkan kaedah luar biasa untuk mengatasi insomnia, menenangkan fikiran, dan juga menghilangkan stress.
Ramai antara kita yang mungkin mempunyai rasa stress dan tekanan akibat daripada pekerjaan, kehidupan keluarga atau masalah lain. Disebabkan itu, ramai mempunyai cara tersendiri untuk meredakan rasa tekanan ini.
Tetapi, dengan cara meletakkan lidah pada langit-langit sambil bernafas 1 minit boleh menghilangkan rasa cemas, stress dan membuat fikiran jadi lebih tenang.
Selain itu, kaedah ini juga boleh mengatasi masalah insomnia. Mungkin agak aneh, tetapi cara ini dikatakan mampu mempengaruhi kualiti tidur kita.
Teknik menghilangkan stress ini juga dikenali sebagai teknik bernafas 4-7-8 kerana merujuk kepada teknik bernafas seperti berikut:
- Hembuskan nafas sambil meletakkan lidah pada langit-langit.
- Sedut udara melalui hidung dan tahan selama 4 saat.
- Tahan nafas selama 7 saat.
- Hebus nafas melalui mulut dalam kiraan 8 saat.
- Ulang langkah diatas sebanyak 4 kali.
Selamat mencuba!
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.