Jika anda rasa tempat anda kini panas dek kerana bahang cuaca matahari, anda patut lihat keadaan di Taman Negara Death Valley di California, dekat Amerika Syarikat.
Menurut laporan, suhu tertinggi pernah dicatatkan dekat kawasan berkenaan adalah setinggi 54.4 darjah Celcius, menjadikan ia adalah tempat paling panas di dunia.
Keadaan itu menyebabkan kebakaran hutan dan juga gangguan bekalan elektrik di California apabila stesen janakuasa mengalami masalah akibat daripada suhu melampau itu.
"Apabila anda berjalan di luar, anda akan berasa seperti ada beberapa pengering rambut dihalakan ke muka anda.
"Anda akan berasa seperti berada di dalam ketuhar dan gelombang haba di seluruh badan anda," kata Brandi Stewart, seorang petugas di taman negara berkenaan kepada BBC.
Gelombang haba ini juga dijangka berlarutan sehingga sekurang-kurangnya 10 hari lagi.
Terdahulu, suhu tertinggi juga dicatatkan dikawasan berkenaan pada tahun 2013 pada bacaan 54 darjah Celcius.
Berbanding bacaan suhu di Malaysia, paling panas pernah direkodkan adalah di Chuping, Perlis pada 9 April 1998 pada bacaan 40.1 °C.
Sumber: BBC News
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.