
Foto: Orang Awam
Polis Pasir Puteh menerima maklumat mengenai penemuan tengkorak dan tulang dipercayai rangka manusia di kawasan sawah padi Kampung Bukit Abal, Pasir Puteh.
Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintenden Zaizul Rizal Zakaria berkata, maklumat berkenaan diterima kira-kira jam 3 petang Isnin.
Menurut beliau, sepasukan polis bergegas ke lokasi untuk melakukan pemeriksaan di kawasan itu.
"Sepasukan Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan juga menjalankan pencarian dan baki rangka bagi melengkapkan siasatan," katanya melalui kenyataan pada Selasa.
Pihak forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan hadir untuk menjalankan siasatan serta pencarian saki-baki rangka bagi melengkapkan siasatan.
Beliau turut meminta individu yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian supaya berhubung dengan Ketua Polis Balai Selising, Sarjan Mejar Suhaimi Abdullah di talian 019-2424434 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh di 09-7867222.
Sumber: Bernama
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.