Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

#Trending

Solat Jumaat, Solat Sunat Aidiladha, Ibadah Korban Serta Akikah Dibenarkan Di Terengganu

Kebenaran telah diberikan untuk solat jumaat dengan bilangan 40 orang jemaah
nura
01 Jul 2021, 03:41 PM

Terengganu telah memberi kebenaran untuk melakukan solat Jumaat di masjid serta surai dengan bilangan jemaah seramai 40 orang sahaja mulai esok, 2 Julai.

solat jumaat, solat sunat aidiladha, ibadah korban serta akikah dibenarkan di terengganu

Menurut Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), Datuk Osman Muda berkata, jumlah itu tidak termasuk pegawai dan ahli jawatankuasa masjid dan surau tersebut.

"Kebenaran ini diberi setelah mendapat perkenan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berdasarkan situasi semasa COVID-19 namun mestilah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

"Begitu juga dengan solat sunat Aidiladha tidak lama lagi, syaratnya sama seperti pelaksanaan solat Jumaat. Kesemua 40 jemaahnya mestilah lelaki, ahli kariah yang bermastautin kecuali individu yang mendapat kebenaran khas dari Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu," katanya.

Manakala bagi solat fadhu secara berjemaah di masjid dan surau masih kekal dengan bilangan 12 orang sahaja yang dibenarkan.

Selain itu, semua aktiviti keagamaan di masjid dan surau masih tidak dibenarkan kecuali mendapat kebenaran MAIDAM.

Dalam pada itu, Osman berkata, pelaksanaan ibadah korban dan akikah adalah dibenarkan sama ada di rumah penyembelihan Jabatan Perkhidmatan Veteriner Terengganu (JPV) atau rumah penyembelihan ruminan swasta yang dilesenkan JPV, perkarangan masjid, surau dan di kawasan lapang seperti padang dengan kebenaran Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu.

solat jumaat, solat sunat aidiladha, ibadah korban serta akikah dibenarkan di terengganu

"Jumlah haiwan korban dihadkan kepada lima ekor haiwan sahaja sehari di sesuatu kawasan kecuali di rumah penyembelihan yang dibenarkan.

"Jumlah petugas hendaklah tidak melebihi 10 orang dan kesihatan mereka memuaskan. Aktiviti korban dan akikah perlu membuat permohonan dengan mengisi borang yang disediakan oleh JHEAT," katanya.

Bagi kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) pula, solat Jumaat, solat sunat Aidiladha dan pelaksanaan ibadat korban adalah tidak dibenarkan.

Begitu juga dengan mana-mana masjid atau surau yang dikenakan arahan penutupan di bawah Seksyen 18 (1) (d) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342), sebarang aktiviti adalah tidak dibenarkan sepanjang tempoh penutupan, katanya.

Sumber: Awani

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}