
Gambar Hiasan
Kerajaan negeri Terengganu telah mengumumkan 30 Mac, Ahad ini, sebagai hari kelepasan am bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri. Pengumuman tersebut dibuat oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar melalui laman Facebook rasminya sebentar tadi.
Beliau berharap agar tambahan cuti tersebut dapat dimanfaatkan oleh rakyat Terengganu untuk membuat persiapan raya bersama keluarga tersayang. Sebelum ini, ramai pekerja sektor awam dan swasta di Terengganu memohon cuti tambahan bagi memudahkan persiapan menyambut Aidilfitri yang dijangka jatuh pada 31 Mac, memandangkan 30 Mac, Ahad, masih merupakan hari bekerja di negeri itu.
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja juga telah menetapkan petang Ahad ini, yang jatuh pada 29 Ramadan 1446 Hijrah, sebagai tarikh untuk melihat anak bulan Syawal.
Sumber: Kosmo
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.