Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

#Trending

Vaksin COVID - Terengganu Mahu Capai Sasaran Imuniti Kelompok Sebelum Tiba Musim Tengkujuh

Pelbagai langkah telah diambil bagi membolehkan angka itu mampu dicapai
nura
25 Jun 2021, 07:22 PM

Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu optimis sasaran 80 peratus imuniti berkelompok itu dapat dicapai sebelum kedatangan musim tengkujuh pada Oktober depan.

vaksin covid - terengganu mahu capai sasaran imuniti kelompok sebelum tiba musim tengkujuh

Menurut Pengarah Jabatan Kesihatan Terengganu, Dr Nor Azimi Yunus berkata pihaknya yakin sasaran itu dapat direalisasikan dengan pertambahan bekalan vaksin yang akan diterima pada bulan hadapan.

Tambahnya lagi, pelbagai langkah telah diambil bagi membolehkan angka itu mampu dicapai termasuk menambahkan Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

"Di negeri Terengganu, masuk bulan 11, 12 akan banjir musim tengkujuh jadi ia akan menyusahkan kita untuk buat program vaksinasi di kampung-kampung ataupun kawasan mudah terkena banjir.

"Kita harapkan sasaran dalam masa bulan 10, kita akan bergerak ke arah itu dengan dos kita jangka akan banyak ini dan dengan pembukaan PPV tambahan serta pelaksanaan program 'outreach' di kampung-kampung seluruh Terengganu.

"InsyaAllah kita boleh capai 80 peratus itu pada bulan Oktober nanti," katanya.

vaksin covid - terengganu mahu capai sasaran imuniti kelompok sebelum tiba musim tengkujuh

Beliau turut memaklumkan lebih 471,000 penduduk atau 55.6 peratus masyarakat di Terengganu telah mendaftar untuk mengambil suntikan setakat ini.

Katanya menerusi itu daerah Kuala Terengganu merekodkan peratusan tertinggi iaitu 63.1 peratus diikuti Marang 62.3 peratus dan Kemaman 59.4 peratus.

Pihaknya akan terus meningkatkan jumlah pendaftaran di daerah Besut dan Setiu yang setakat ini merekodkan peratusan antara 45.1 hingga 45.7 peratus.

Sumber: Awani

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}