Mulai Selasa, semua premis makanan di Jerantut, Pekan dan Raub dilarang untuk menjual makanan secara bawa pulang atau 'take away', susulan jumlah peningkatan kes COVID-19 dikawasan terbabit.
Memetik laporan dari Awani, tiga daerah ini akan dikuatkuasa arahan terbabit sehingga tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
"Arahan ini dilaksanakan untuk memperketatkan operasi premis menjual makanan di daerah terlibat kerana jumlah COVID-19 di Jerantut dan Pekan adalah yang tertinggi di Pahang manakala situasi penularan yang membimbangkan dicatat di Raub.
"Sepanjang arahan ini berkuat kuasa, hanya perkhidmatan secara penghantaran sahaja dibenarkan," kata Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak.
PKP yang bermula 18 Mac, akan tamat sehingga 14 April, seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.