Kredit gambar utama: Pexels
Menurut perkongsian Dr. Rusyainie Ramli di laman Facebooknya, makanan yang sudah dimasak, kalau disimpan dalam peti sejuk bahagian 'chiller' boleh tahan 3 ke 5 hari. Lepas dipanaskan, makanan mesti dihabiskan. Jika tidak, mesti dibuang. Bukan dipanas berkali-kali ya.
Makanan yang disejukbekukan, tahan selama 1 bulan tetapi selepas dinyahbeku dan dipanaskan, makanan ini mesti dibuang kalau masih belum habis. Tujuannya untuk elak bakteria membiak dalam makanan tu dan supaya kita tidak terkena keracunan makanan.
Berikut postingnya di Facebook:
Doktor Rusyainie turut berkongsi cara simpanan makanan mentah yang diamalkannya. Makanan mentah dan yang telah dimasak diasingkan untuk mengelakkan cross contamination. Ayam, daging dan ikan diasingkan dalam bekas berbeza dan disimpan di dalam deep chest freezer. 1 portion untuk sekali masak. Lebihan makanan yang telah dimasak pula diletakkan di tempat sejuk beku.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.