Biarpun wabak COVID-19 masih lagi belum reda, namun kini satu inisiatif baru telah dilaksanakan oleh beberapa muzium di dunia dalam usaha mengenang kehidupan dan pengalaman rakyat berdepan perintah berkurung.
Museum of London antaranya telah melancarkan permohonan kepada semua penduduk di London untuk menyumbang pelbagai barangan yang mencerminkan kehidupan mereka sewaktu mereka berhadapan dengan acaman COVID-19 ketika ini.
“Apabila kami mengetahui bahawa terdapat pelaksanaan perintah berkurung, kami mula berfikir untuk mula membuat koleksi pameran untuk kegunaan masa hadapan.
“Ia boleh terdiri daripada apa-apa barangan yang mungkin pernah memberi keselesaan kepada anda sepanjang berkurung di rumah...contohnya selipar kegemaran atau topeng muka dijahit khas buat kegunaan petugas barisan hadapan,” lapor Kurator Kanan Muzium London, Beatrice Behlen.
Setakat ini, antara barangan yang berjaya dikumpulkan adalah topeng muka, tisu, selipar, bekas jem buatan sendiri dan juga alat muzik mudah alih yang sering digunakan untuk bertepuk tangan.
Apa pula agaknya barangan anda yang ingin anda ceritakan kepada generasi masa hadapan?
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.