Sebuah trak di Mungwi di utara Zambia terbalik dan terhumban ke dalam sungai pada hari Rabu, sekurang-kurangnya 19 orang dilaporkan telah terkorban manakala lima mangsa yang lain dilaporkan cedera.
Menurut laporan Agensi Anadolu, dalam satu kenyataan, ketua polis daerah Jestus Nsokolo berkata, trak yang membawa 57 penumpang, kebanyakannya peniaga telefon bimbit, hilang kawalan akibat dipandu laju serta lebih muatan.
Tambah beliau, pemandu trak tersebut telah melarikan diri.
Menzahirkan kesedihan berikutan kemalangan itu, timbalan pengurus kempen wilayah untuk parti Front Patriotik Presiden Edgar Lungu mengumumkan kempen untuk pilihan raya umum pada Ogos ini ditangguhkan sementara sebagai menghormati keluarga dan mangsa yang terkorban.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.