Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

Trivia Filem ‘Airforce The Movie: Selagi Bernyawa’, Memang Wow!

Banyak scene mendebarkan, rasa macam kita ada dalam misi!

Artikel ini ditaja oleh GSC Movies

filem malaysia air force the movie selagi bernyawa

Kredit: GSC Movies

Dah beberapa hari filem aksi ketenteraan patriotik #AirForceTheMovieSelagiBernyawa ditayangkan serentak di 170 pawagam di seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura. Sana sini orang sibuk memperkatakan tentang filem ni. Ada yang bagi 10 bintang dan tak kurang juga yang dah tengok berkali-kali! Memang powerlah! Anda dah tengok ke belum?

 

Apa Yang Menariknya Tentang Filem Air Force The Movie: Selagi Bernyawa Ni? 

 

Dah tentu pada aksi mendebarkan sepanjang tayangan yang buat kita rasa macam berada dalam filem. Tak sempat nak bertenang, ada je aksi yang membuat anda rasa berdebar-debar.

 

 

Iyalah, bukan calang-calang skuad PASKAU ni tau. Mereka inilah salah satu daripada pasukan elit terbaik di Malaysia di bawah Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Skuad PASKAU dah dilatih untuk misi-misi penting dah berbahaya seperti serangan, keganasan, rampasan pesawat TUDM, misi menyelamatkan tebusan dan turut dihantar untuk misi kemanusiaan di negara berisiko tinggi.

 

Bukan tu je, ada juga konflik emosi yang mengheret sama penonton. Ada rasa marah, geram, kesian dan sedih bergabung jadi satu. Sebab tu anda kena bawa bekalan tisu masuk panggung ya!

 

Tak percaya? Jom layan trailer ni:

 

 

Baru tengok trailer pun dah teruja, ini pula dapat saksikan keseluruhan jalan cerita di panggung.

 

Jadi tak hairanlah jika kutipan hari keempat tayangan di Malaysia je dah cecah RM8 juta.

 

 

Terbaiklah!

 

Filem Air Force The Movie: Selagi Bernyawa ini mengisahkan Pasukan Khas Udara (PASKAU) yang terkandas di Namburi selepas pesawat yang dinaiki Kapten Adib dan Mejar Adnan bersama skuad yang terlibat dalam misi bantuan kemanusiaan ditembak jatuh oleh pengganas.

 

Misi menyelamat segera digerakkan Pihak Tentera Udara Diraja Malaysia! Antara anggota yang terlibat adalah Zafran, abang ipar kepada Adib yang merupakan seorang pilot SUKHOI. Walaupun tidak mudah, tetapi mereka bersama-sama berjuang sehingga ke titisan darah yang terakhir.

 

aiman hakim ridza watak zafran pilot sukhoi

Kredit: GSC Movies

 

Sebelum anda serbu panggung, jom layan trivia filem Air Force The Movie: Selagi Bernyawa 

 

#1 Antara lokasi penggambaran termasuklah Kuantan, Kuala Terengganu, Shah Alam, Alor Setar dan Kota Belud iaitu di lapang sasar tempat latihan para tentera. Lapang Sasar Kem Paradise dan Padang Terbang Kota Belud digunakan untuk menggambarkan keadaan Namburi bagi menghidupkan suasana peperangan.

 

 

#2 Penggambaran utama dijalankan bermula Oktober 2019 hingga 2019 dan mengambil 76 hari untuk diselesaikan. Terdapat beberapa penggambaran tambahan terutama bagi aksi penerbangan dan tempur udara yang dilakukan dengan bantuan TUDM antara Januari ke Februari 2020.

 

#3 Bukan mudah nak membawa watak anggota badan beruniform. Para pelakon diberikan latihan asas secara intensif di PASKAU Jugra di Banting Selangor selama sebulan.

 

tiga pelakon filem adi putra nast johan asari

Kredit: GSC Movies

 

#4 Diarahkan oleh Zulkarnain Azhar, pengarah filem J Revolusi (2017) dan Frank See, penulis skrip Paskal (2018).

 

#5 Dibintangi barisan pelakon terkenal termasuklah Datuk Adi Putra, Aiman Hakim Ridza, Nas-T, Sara Ali, Pablo Amirul, Johan As'ari, Luqman Hafidz, Anas Ridzuan, Jack Tan, Iman Corinne, Scha Alyahya dan Carmen Soo.

 

#6 Filem ini turut menampilkan aset TUDM sebenar! Antara aset ketenteraan negara yang digunakan seperti pesawat Sukhoi Su-30 MKM, F/A-18 Hornet, A400M, C130 Hercules dan helikopter EC-725 AP.

 

 

#7 Dan paling menarik, para pelakon melakukan aksi stunt sendiri dengan penggambaran secara real time dan CGI yang minimal.

 

para pelakon air force the movie: selagi bernyawa

Kredit: GSC Movies

 

Memang menarik!

 

Bukan senang nak dapat tengok sebuah filem yang mengangkat semangat dan jerit perit yang dilalui anggota PASKAU. Dan lebih manis, inilah masanya untuk kita lihat sendiri kehebatan aset ketenteraan TUDM.

 

poster filem air force the movie: selagi bernyawa

Kredit: GSC Movies

 

Jom tingkatkan patriotisma terutamanya di bulan Kebangsaan sambil kita #SapotLokal tonton #AirForceTheMovieSelagiBernyawa. 

 

Apa tunggu lagi? Layari laman web GSC untuk info lanjut dan untuk mendapatkan tiket. Atau boleh je pergi ke panggung wayang berhampiran anda!

 

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}