Buat mereka yang mempunyai anak kecil di rumah, mungkin sukar untuk mengawal gerak-geri anak sepanjang masa, lebih-lebih lagi dengan peralatan elektrik di rumah.
Menurut perkongsian di laman Facebook Viral Muafakat Johor, dengan hanya serendah RM2, masalah itu mungkin boleh dikurangkan.
Bahan yang diperlukan:
Bekas plastik kedap udara
Pisau
Hot glue gun.
Cara:
#1 Ukur saiz soket, pastikan ia sesuai dengan bekas yang dipilih
#2 Kemudian, tebuk penutup bekas plastik tadi mengikut ukuran soket yang telah diukur.
#3 Lekat penutup plastik yang telah ditebuk pada sekeliling soket menggunakan glue gun.
#4 Tebuk hujung bekas plastik untuk laluan wayar. Tutup soket dengan bekas plastik dan kemaskan penutupnya.
#5 Dah siap! Anak kecik dah tak boleh bermain atau menarik wayar elektrik ini lagi. Senang je kan?
Sumber: Viral Muafakat Johor
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.