Satu video telah menjadi tular baru-baru ini menunjukkan seekor ular berpura-pura mati demi menyelamatkan diri daripada pemangsa.
Phil Brower, 41, telah merakamkan fenomena aneh ini berdekatan rumahnya di Poolesville, dekat Amerika Syarikat.
Ketika kejadian, Phil melihat ular berkenaan cuba menyelamatkan diri, namun ia berpura-pura mati sambil memusingkan badan dan menjelirkan lidah.
Ular terbabit juga telah mengeluarkan bau seakan-akan darah dari mulutnya, bertujuan menghalau pemangsa.
Fenomena ini juga dikenali sebagai ‘Hognose Snake’, yang juga merupakan salah satu daripada sistem pertahanan diri spesis reptilia berkenaan.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.