Seekor ular sawa peliharaan nyaris maut selepas menelan tuala pantai.
Menerusi rakaman video yang tular di media sosial, ular yang digelar Monty tidak dapat menghadam tuala pantai yang ditelan olehnya, sehingga menyebabkan ia terpaksa dibawa ke Small Animal Specialist Hospital (SASH) di Sydney.
Vaterinar, Dr Olivia Clarke bersama pasukannya menggunakan forceps panjang bagi mengeluarkan fabrik terbabit.
Meskipun proses mengeluarkan tuala itu agak sukar, namun ia dapat dikeluarkan tanpa mengakibatkan kecederaan serius kepada ular sawa tersebut.
Sumber: Global News
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.