Pernah tak anda melihat ulat kecil yang sering melekap pada dinding atau almari kayu seperti ini?
Mungkin ada yang sudah mengenali spesis ulat ini namun ada yang tidak mengendahkan ia sehinggalah badan sudah mulai banyak benjol, lebam dan gatal-gatal sehingga berminggu-minggu lamanya.
Dikenali sebagai kamitetep di Indonesia atau Phereoca uterella, ulat ini boleh menyebabkan kesan lebam akibat daripada luka gigitan dalam bentuk lubang kecil sebesar jarum.
Larva ini mempunyai cengkerang yang membentuk sarung pipih berwarna coklat, dengan saiz sebesar biji timun atau kuaci yang dijadikan tempat tinggal.
Kepompongnya pada bahagian luar siap untuk metamorfosis menjadi kupu-kupu. Kepompong ini terdiri daripada serat sutera yang dicampur dengan pasir dan debu dan juga boleh berasal daripada tanah.
Kepompong ini biasanya akan mempunyai jalan keluar dari depan atau belakang atau dua arah bagi memudahkan ulat dalamnya keluar dan masuk. Meskipun begitu, ulat kamitetep ini tidak akan keluar sepenuhnya dan hanya separuh daripada badannya akan keluar untuk mencari makan.
Serangga beracun ini biasanya akan makan fabrik kain dan jaring labah-labah, jadi tidak hairanlah ia selalu melekap pada sarang labah-labah di rumah.
Kamitetep yang menjadi kupu-kupu dengan panjang sekitar 13 mm akan bertelur sebanyak 200 biji dalam satu putaran telurnya. Telur yang menetas akan menjadi ulat kamitetep semula dan tinggal di kawasan tersembunyi dalam rumah.
Sumber: Pestcontrol Jakarta
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.