Disaat dunia sedang dilanda wabak COVID-19 yang telah membunuh ribuan nyawa, umat Islam diminta agar menunaikan solat hajat, khusus bagi menolak wabak ini.
Memetik kenyataan media Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, seruan berkenaan adalah selaras dengan titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Haji Ahmad Shah.
Umat Islam boleh menunaikan solat hajat pada bila-bila masa kecuali waktu-waktu yang diharamkan solat seperti berikut:
i. Sesudah solat Subuh hingga terbit matahari. (kecuali bagi mereka yang berada di Tanah Haram).
ii. Selepas terbit matahari hingga kadar 7 hasta pandangan mata. Kira-kira 3 darjah.
iii. Ketika matahari tegak di atas kepala kecuali pada hari Jumaat.
iv. Selepas solat Asar (kecuali di Tanah Haram).
v. Ketika matahari kemerahan di waktu senja hingga terbenam seluruh bulatannya. (kecuali di Tanah Haram)
Selain itu, umat Islam amnya diseru agar memperbanyakkan zikir, istighfar, taubat dan juga amalan yang tidak putus-putus kepada Allah SWT.
Sumber: Dr Zulkifli Al-Bakri
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.