Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), terdapat dua lagi kes kematian telah dilaporkan akibat COVID-19, menjadikan jumlah kes kematian keseluruhan sebanyak 67.
Dua kematian ini melibatkan mangsa lelaki dan perempuan, masing-masing berusia 59 dan 23 tahun.
Dalam perkembangan lain, KKM turut melaporkan pertambahan kes baru sebanyak 109 kes, menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini kepada 4,228. Daripada jumlah itu, 72 kes masih dirawat di ICU.
Manakala terdapat 121 lagi pesakit pulih direkodkan hari ini, menjadikan jumlah mangsa pulih di Malaysia melonjak kepada 1,608 orang.
Sumber: KKM
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.