Hari ini tular video dilaman sosial apabila seorang anggota trafik dilanggar ketika sedang bertugas di persimpangan Jalan Sultan Hishammuddin awal pagi tadi.
Menerusi video yang dimuatnaik oleh bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, kejadian itu menunjukkan sebuah kenderaan melanggar anggota trafik yang berdiri di tengah-tengah persimpangan jalan.
Walaubagaimana pun, anggota trafik itu dilihat bangun semula selepas dilanggar dan segera ke bahu jalan.
Menyedari akan kesalahannya, pemandu kenderaan itu bertindak keluar dari kenderaan dan menuju ke arah anggota trafik terbabit.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, ACP Zulkefly Yahya mengesahkan kejadian itu dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara merbahaya yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda serta hilang kelayakan menunggang atau mendapatkan lesen memandu selama dua tahun.
Sumber: Twitter
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.