Seorang wanita dari Connecticut, Amerika Syarikat mendakwa dirinya memiliki mulut terbesar di dunia sehingga dia cuba memakan sekotak kentang goreng sekaligus.
Walaubagaimanapun, Samantha Ramsdell tidak memegang rekod rasmi dunia sebagai pemilik mulut terbesar di dunia.
Namun, dia cuba membuktikan perkara ini dengan memasukkan sekotak kentang goreng ke dalam mulutnya untuk memakan sekali sahaja.
Dia menyatakan bahawa mulutnya jika dalam keadaan ternganga akan berukuran kira-kira empat inci apabila dibuka luas mengatasi pemilik rekod dunia iaitu 3.75 inci.
Wanita itu memuat naik sebuah video di aplikasi TikTok yang sudah memiliki kira-kira 1.5 juta pengikut yang menonton pelbagai objek yang dimasukkan ke dalam mulutnya.
Dalam video tersebut, dia cuba memasukkan sekotak besar kentang goreng McDonald’s ke dalam mulutnya untuk sekali masuk sahaja.
Sumber: Daily Star
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.