Shafieqa Mohd Asri, 26, yang berasal dari Pengkalan Chepa, tidak kekok meneruskan minat dalam menjiwai watak anime kegemarannya.
Meskipun sudah mempunyai dua anak, Shafieqa yang mesra dengan nama “Fykaaschaa Kaka” mula membuat make up luar biasa termasuk ala ‘Barbie’ bagi mengatasi rasa malu dan rendah diri dalam dirinya.
Beliau juga mempelajari ilmu make up ini menerusi Facebook sejak tahun 2016, bermula make up biasa seperti make up pengantin dan Bollywood.
"Sebab saya suka cuba benda baharu, saya cuba mekap tema Barbie Doll, mumia, vampire dan 'Naagin' akhirnya mendapat perhatian penonton di laman sosial.
"Cuma seperti biasa, ada yang kecam tapi ada juga yang memberikan pujian,", katanya pada Awani.
Beliau juga telah berhabis lebih RM30,000 termasuk koleksi rambut palsu, maskot, pakaian cosplay, aksesori dan alatan make up.
Tambah Shafieqa lagi, hobinya ini juga mendapat sokongan penuh suami yang pernah bergelar model tempatan.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.