Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

#Trending

Demi Lindungi Kucing, Wanita Ini Letak Papan Tanda ‘Perlahankan Kenderaan’ Di Kawasan Perumahan

ROSTAM, Mohamad Firdaus
13 Oct 2025, 03:35 PM

demi lindungi kucing, wanita ini letak papan tanda ‘perlahankan kenderaan’ di kawasan perumahanFoto: Threads

Seorang wanita mengambil inisiatif sendiri dengan meletakkan papan tanda amaran di kawasan perumahannya bagi mengingatkan pemandu supaya memperlahankan kenderaan demi keselamatan kucing yang sering berkeliaran di situ.

Penat Lihat Pemandu Pandu Laju

Menurut wanita tersebut, tindakannya itu dibuat selepas berasa tertekan dengan sikap segelintir jiran yang memandu laju tanpa memikirkan keselamatan haiwan peliharaan di kawasan kejiranan mereka.

“Saya stres orang bawa kereta laju dalam kawasan taman perumahan. Jadi saya buat ni,” katanya menerusi perkongsian di Threads.

Katanya lagi, walaupun ada yang menganggap tindakan itu kecil, dia percaya mesejnya mampu membuka mata penduduk agar lebih berhati-hati semasa memandu di lorong sempit.

Sediakan Papan Tanda Dengan Duit Sendiri

Bagi memastikan mesejnya sampai, wanita itu mencetak beberapa keping papan tanda bertulis:

“Perlahankan kenderaan anda. Kucing sedang berjalan. Memandu dengan perlahan untuk pastikan mereka selamat.”

Poster berkenaan turut disertakan gambar kucing bagi menarik perhatian pemandu.

Jelasnya, walaupun terpaksa mengeluarkan duit sendiri untuk mencetak dan menyalut papan tanda tersebut, dia berasa puas hati kerana dapat melakukan sesuatu yang bermanfaat untuk keselamatan haiwan di kawasannya.

Ramai Sokong Usaha Prihatin Ini

Tindakan wanita itu mendapat pujian ramai warganet yang menganggapnya satu langkah kecil tetapi bermakna.

“Sejujurnya, kita patut buat benda ni di semua kawasan perumahan. Dengan cara tu, kita boleh selamatkan banyak nyawa kucing,” tulis seorang pengguna Threads.

Ada juga yang bersetuju bahawa pemandu di kawasan perumahan sering kali tidak berhati-hati, terutamanya ketika tergesa-gesa menghantar anak ke tuisyen.

“Taman saya pun sama. Ada yang bawa kereta macam F1 padahal ni kawasan perumahan. Banyak kucing terbiar pula tu,” kongsi seorang lagi pengguna.

Pesan Supaya Lebih Berhemah Di Jalan

Rata-rata warganet mendoakan agar kebaikan wanita itu dibalas dengan ganjaran setimpal, malah ada yang mahu meniru langkah sama di kawasan masing-masing.

Perkongsian ini menjadi peringatan kepada semua supaya memandu dengan berhemah, bukan hanya demi keselamatan manusia tetapi juga untuk melindungi nyawa haiwan yang tidak berdosa.

Sumber: Threads @i.zblablabla_

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}
Ads With Us Ads With Us Ads With Us