Chen, seorang wanita yang berasal dari bandar Xiamen, Timur China, mendakwa tidak boleh mendengar suara lelaki, sejurus bangun dari tidur. Beliau bergegas ke hospital dan mencari punca kepada penyakit pelik yang dialaminya kerana mendakwa terasa sakit dari dalam telinga.
Selepas dirawat, doktor mengesahkan Chen mengalami masalah hilang pendengaran berfrekuensi rendah apabila tidak dapat mendengar suara yang lebih rendah dan mendalam, atau deeper sound.
Suara rendah dan mendalam kebanyakkannya dihasilkan oleh lelaki, manakala wanita pula menghasilkan suara yang lebih nyaring dan berfrekuensi tinggi dan nyaring.
Penyakit yang dialami Chen ini juga dihidapi oleh satu dalam 13,000 pesakit yang mengalami masalah pendengaran.
Sumber: The Express Tribune
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.