Buat mereka yang berkahwin lewat usia, kecenderungan untuk menjadi lebih cerewet adalah tinggi berbanding mereka yang kahwin di usia muda.
Itu yang dinyatakan oleh Setiausaha Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA), Dr Firdaus Abdul Gani.
Ini adalah disebabkan mereka sudah terbiasa dengan cara hidup sendiri dalam satu tempoh masa yang panjang, sebelum berkongsi hidup apabila sudah berkahwin.
"Mereka juga risau disebabkan risiko tidak subur dan sukar mendapat anak disebabkan umur yang meningkat. Mereka akan tergesa-gesa untuk mengejar mendapatkan anak yang boleh menyebabkan berlakunya stres di kalangan pasangan.
"Perasaan kegagalan juga mungkin tercetus terutamanya di kalangan wanita akibat kesukaran mendapat anak.
"Dari aspek positif, wanita yang berkahwin lambat ini mempunyai fikiran yang lebih matang serta keadaan kewangan yang kukuh yang menyumbang kepada perkahwinan yang stabil,"
Tambah Dr Firdaus lagi, wanita yang berkahwin lewat adalah satu perkara biasa dalam masyarakat, namun dikhuatiri akan memberikan kesan negatif terhadap kehidupan sosial. Malah, menurut kajian, kira-kira 86.8 peratus responden yang berumur 25 sehingga 49 tahun mempunyai keinginan untuk berkahwin pada umur mininum 31 tahun.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.