Setiap 15 Oktober, Hari Wanita Desa Antarabangsa atau International Day of Rural Women akan disambut bagi meraikan wanita yang tinggal diluar bandar atau di kawasan pendalaman.
Tahukah anda, terdapat satu kajian menunjukkan wanita yang tinggal dikawasan kampung atau desa, adalah lebih sihat berbanding wanita yang tinggal dibandar?
Kajian dijalankan di Indonesia melibatkan seramai 4,208 individu wanita di 4 buah bandar utama iaitu Jakarta, Surabaya, Medan dan juga Bandung, dibandingkan dengan bandar-bandar kecil yang lain.
Kajian berkenaan bertujuan bagi melihat kaitan antara faktor kawasan tempat tinggal dengan peningkatan faktor risiko penyakit kronik.
Hasil kajian mendapat, wanita yang tinggal di kawasan bandar lebih mudah menghidap penyakit kronik seperti darah tinggi, berat badan berlebihan serta penggunaan tembakau yang lebih tinggi.
Malah, kesemua penyakit ini berlaku sejak mereka berada pada usia remaja.
Meskipun begitu, disebabkan adanya kemudahan kesihatan yang lebih baik di bandar, membuatkan penyakit kronik ini tidak berjangkit dan masih lagi boleh dikawal.
Dalam kajian berbeza, didapati mereka yang tinggal di kawasan pendalaman mencatatkan peratusan kematian yang agak rendah berbanding wanita yang tinggal dikawasan bandar.
Sumber: Hellodoktor.com
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.