Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

#Trending

Wanita Lebih Senang Naik Jerawat Berbanding Kaum Lelaki

Ini adalah antara fakta-fakta mengenai jerawat dan tips dalam mengawal masalah tersebut
Editor
28 Sep 2020, 06:58 AM

Masalah jerawat bukan sahaja membelenggu kanak-kanak dan remaja, terdapat ramai dewasa yang mengalami masalah dengan jerawat terutamanya di bahagian muka.

wanita lebih senang naik jerawat berbanding kaum lelaki

Mari kita kongsi sedikit fakta-fakta mengenai jerawat dan tips dalam mengawal masalah tersebut mengikut pandangan pakar.

 
  1. Pada kebiasaannya jerawat disebabkan pora-pora muka yang tersumbat. Ia berpunca daripada minyak semula jadi di muka yang dinamakan sebum, dan kulit mati yang tersumbat di pora-pora muka, yang menyebabkan pertumbuhan bakteria. Jerawat bukanlah tanda-tanda penjagaan muka yang tidak bersih. Bahkan, pembasuhan muka yang melampau akan menyebabkan masalah jerawat semakin ketara.
 
  1. Kajian menunjukkan kaum Hawa mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat masalah jerawat. Peralihan dan pergerakan hormon yang tidak sekata, terutamanya ketika kitaran menstruasi, mengandung, dan juga menopaus boleh mendatangkan maslah jerawat.
 
  1. Kehadiran jerawat di muka atau ‘breakouts’ boleh membawa maksud kepada masalah yang lebih kronik.  Sangat elok sekiranya anda berjumpa denga doktor sekiranya masalah jerawat anda lain daripada kebiasaannya.
 
  1. Kebarangkalian anda mendapat parut jerawat adalah tinggi sekiranya anda mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai parut jerawat.
 
  1. Anda perlu menjauhi ubatan jerawat yang mengandungi alkohol. Hal ini kerana alkohol akan mengeringkan lagi kulit muka anda dan seterusnya memburukkan lagi keadaan.
 
  1. Masalah jerawat bukan sahaja menyebabkan parut fizikal, tetapi juga parut emosi. Sekiranya anda merasakan diri lebih malu dan keyakinan diri anda rendah pabila berhadapan dengan masalah jerawat, tiada salahnya sekiranya anda mendapatkan pertolongan daripada pakar, baik pakar dermatologi, mahupun pakar psikologi bagi mengawal tekanan perasaan anda.
 
  1. Antara perkara-perkara yang boleh menyebabkan masalah jerawat anda semakin teruk adalah, pendedahan kepada cahaya matahari yang terlalu banyak, apa-apa benda yang boleh menyebabkan perselisihan kepada kulit, dan juga mekap.
 

Perkara yang paling penting sekiranya anda merasakan bahawa masalah jerawat anda mengganggu kehidupan anda adalah berjumpa dengan doktor atau pakar dermatologi. Mungkin ia merupakan tanda-tanda kepada masalah kesihatan yang lebih kronik!

Sumber: WebMD

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}