Kredit gambar utama: @paskal_themovie/Instagram
Kurang seminggu filem aksi ketenteraan yang amat dinantikan, bakal memasuki panggung. Ramai yang tak sabar nak melihat sendiri kehebatan filem Paskal. Sementara menanti waktu tayangan, apa kata anda check out dulu fakta nombor ini.
#1 Filem yang mengangkat kisah perjuangan anggota elit, Pasukan Khas Laut (Paskal), Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM ini) berdurasi 115 minit.
#2 Kos produksinya pula menelan belanja RM12juta.
#3 Hampir keseluruhan filem ini melibatkan watak lelaki, hanya 2 sahaja watak perempan iaitu Jasmine Suraya Chin dan ibu kepada Leftenan Komander Arman Anwar.
#4 Para pelakon yang terlibat perlu berlatih selama 2 bulan sebelum terlibat dalam penggambaran
#5 Pengambaran filem ini mengambil masa 3 bulan, bermula daripada 10 Mac 2018 hingga 30 Mei 2018.
#6 Penggambaran melibatkan 6 lokasi iaitu Kuala Lumpur, Lumut, Kota Kinabalu, Labuan, Semporna dan Maghribi.
#7 Ammar Alfian yang membawa watak Jeb perlu turunkan 20 kilogram bagi membolehkannya berlakon dalam filem ini.
#8 Hairul Azreen yang membawa watak Arman pula perlu turunkan berat badan sebanyak 7 kilogram dan perlu tampil dengan imej bermisai untuk menampakkan karakter dirinya lebih garang.
#9 Selain Malaysia, filem ini turut ditayangkan di 4 buah negara lain iaitu Singapura, Brunei, China dan Turki pada Oktober ini.
#10 Filem ini turut dibuka untuk mereka yang berminat untuk menyaksikannya awal iaitu pada 21 hingga 23 September tetapi penonton kenalah beli tiket awal dan hanya terhad kepada beberapa panggung sahaja.
Filem lakonanan Hairul Azreen, Ammar Alfian, Henley Hii, Taufiq Hanafi, Gambit Saifullah, Hafizul Kamal, Theebaan G dan Jasmine Suraya ini bakal ditayangkan kepada umum pada 27 September ini.
Filem terbitan Asia Tropical Films ini merupakan inspirasi daripada kisah benar yang mengetengahkan kejayaan pasukan elit Tentera Laut DiRaja Malaysua dalam melaksanakan Misi Pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Angola pada tahun 1998. Filem ini juga turut diinspirasikan daripada kejayaan Paskal merampas kapal dagang MT Bunga Laurel dalam kejadian di Teluk Aden pada 2011.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.