Tak mudah sebenarnya nak berkahwin dengan pasangan yang berlainan agama. Sudahlah berbeza fahaman agama, hubungan tersebut pasti ditentang oleh banyak pihak.
Tapi atas dasar cinta, perkahwinan tetap akan diteruskan. Ini lima pasangan Bollywood yang berkahwin dengan pasangan yang berlainan agama.
Sanjay Dutt + Dinawaz Sheikh
Menjadi kegilaan ramai peminat filem Hindustan, aktor Sanjay Dutt dan Dinawaz Sheikh pernah mencetuskan kontroversi suatu ketika dulu.
Pasangan ini telah berkahwin walaupun memiliki perbezaan agama. Bukan itu sahaja ujar pasangan ini, perbezaan usia sebanyak 19 tahun juga tidak menjadi penghalang untuk mereka berkahwin.
Kunal Khemu + Soha Ali Khan
Cinta menjadi satu-satunya ‘agama’ dalam Pataudi iaitu kebanyakan ahli keluarga dinasti ini telah berkahwin dengan pasangan lain agama.
Sama seperti yang lain, Soha Ali Khan turut ambil keputusan untuk berkahwin dengan kekasihnya, Kunal Khemu. Pasangan ini bertemu pertama kali ketika pengambaraan “Dhoondthe Reh Jaoge” pada 2009 dan berkahwin pada Januari 2014.
Menurut khabar angin Soha dan Kunal pernah tinggal serumah sebelum berkahwin.
Saif Ali Khan + Kareena Kapoor
Beragama Islam, Saif Ali Khan telah mengahwini aktres Kareena Kapoor yang merupakan penganut agama Kristian. Perkahwinan mereka dijalankan mengikut agama Kristian di gereja.
Saif pernah mengaku dia tidak serasi dengan agama Islam dan memilih untuk hidup dengan cara agostik dan tidak percaya kewujudan alam barzakh.
Shah Rukh Khan + Gauri Khan
Shah Rukh Khan seorang penganut agama Islam telah berkahwin dengan wanita Hindu, Gauri pada tahun 1991. Sebelum berkahwin, pelbagai cabaran yang dihadapi oleh Shah Rukh Khan seperti:
- Ibu Gauri meminta bantuan pengamal Hindu untuk pisahkan pasangan tersebut.
- Abang Gauri mengacukan senapang pada Shah Rukh Khan dan meminta untuk melupakan adiknya.
Tetapi perkahwinan pasangan ini tetap berlangsung selepas Gauri yang berstatus Brahmin terbuka hati untuk menerimanya selepas menolak lamaran Shah Rukh Khan beberapa kali.
Preity Zinta + Gene Goodenough
Akhir sekali adalah aktres Bollywood, Preity Zinta dan pasangannya, Gene Goodenough.
Preity Zinta yang beragama Hindu memilih untuk berkahwin dengan Gene yang beragama Kristian. Walaupun berbeza agama dan bahasa, tetapi ia tidak menjadi penghalang untuk mereka menyayangi satu sama lain dan berkahwin.
Walaupun berbeza agama, usia dan bahasa ia tidak menjadi penghalang untuk pasangan Bollywood hidup dan bahagia bersama.
Sumber: Wanista
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.